Berita Berita
'Anda semua sentiasa di hati' - Anthony Loke pertimbang lepas jawatan selepas tewas di Chennah
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan prestasi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Loke berkata, keputusan itu dibuat sebagai mengambil tanggungjawab terhadap pencapaian DAP pada "pilihan raya berkenaan.
Menurutnya, perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang akan datang sebelum diserahkan kepada CEC untuk membuat keputusan.
Pada PRN kali ini, Loke sendiri tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang dipertahankannya sejak tiga penggal lalu.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Loke yang juga Menteri Pengangkutan kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon.
BN memperoleh 5,418 undi berbanding Loke yang meraih 4,927 undi, sekali gus menyaksikan Siow menang dengan majoriti kurang 500 undi.
Selain Loke, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, turut tumbang di kerusi DUN Linggi.
'Anda semua sentiasa di hati'
Loke turut mengakui kekalahannya di Chennah dan menyifatkan pasukan kempen Pakatan Harapan (PH) telah memberikan yang terbaik sepanjang kempen.
Dia berkata, PH tetap tewas dengan majoriti kurang daripada 500 undi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Tolong jangan berkecil hati atau kecewa. Kami akan terus bersama anda semua.
"Walaupun kami tidak dapat memenangi kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di dalam hati kami," katanya.
Berita berkaitan
August 1, 2026, 9:18 pm
Pelajar universiti maut dalam perjalanan pulang RXZ Members 8.0 di Dungun
August 1, 2026, 9:07 pm
Aminuddin Harun tewas di DUN Linggi
August 1, 2026, 8:38 pm
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin, Anthony Loke diambang kekalahan
August 1, 2026, 6:30 pm
PRN N Sembilan: Pemuda kecewa gagal mengundi, dakwa nama sudah ditanda selesai mengundi
August 1, 2026, 3:52 pm
Lagi korban RXZ Members 8.0, penunggang maut bergesel penghadang jalan di LPT2
August 1, 2026, 2:35 pm
Menteri Luar New Zealand arah Ahli Parlimen keturunan Cina 'pulang ke negara asal'
August 1, 2026, 2:17 pm
