Berita Jenayah
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
GUA MUSANG, 29 Julai — Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki menyembunyikan dadah jenis syabu seberat 30.36 gram di belakang tempat duduk kenderaan mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, di sini kelmarin.
Kedua-dua suspek lelaki berusia 39 dan 46 tahun itu ditangkap kira-kira jam 6 petang dalam satu operasi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, selain dadah berkenaan, pihak polis turut merampas beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu bernilai RM2,500.
"Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.
"Mereka kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
