Berita Jenayah
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
BATU KAWAN, 27 Julai — Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak oleh seorang individu bertopeng ketika sedang berjalan menuju ke kenderaannya di kawasan komersial Sri Tambun, Simpang Ampat, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang baru selesai bersenam dan membeli telur di sebuah premis berdekatan dilaporkan terkena satu das tembakan pada bahagian tangan kanan.
Mangsa yang dipercayai mempunyai beberapa rekod jenayah lampau kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan pihak polis sedang mengesan suspek serta mengenalpasti motif kejadian.
Beliau menambah, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes tersebut dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
