Berita Jenayah
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
KUALA LUMPUR, 28 Julai — Pengadu warga asing yang mendakwa dirinya diperas oleh sekumpulan individu dipercayai pegawai polis kini disiasat selepas semakan Polis Antarabangsa (Interpol) mendapati beliau merupakan seorang buruan dikehendaki di China atas kesalahan penipuan (scammer).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, semakan lanjut mengesahkan lelaki terbabit bukan warganegara Vanuatu seperti yang didakwa sebelum ini, sebaliknya merupakan warga China.
"Terdapat keraguan terhadap pasport dikemukakan pengadu apabila rekod menyatakan beliau dilahirkan di Pontianak, Indonesia, sedangkan semakan Interpol mengesahkan tempat lahirnya adalah di China," katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, pengadu membuat laporan polis mendakwa kediamannya di sebuah kondominium di Jalan Ampang diserbu kumpulan 12 hingga 15 individu yang mengaku sebagai polis sebelum membawa beliau dan dua rakan wanitanya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Pengadu mendakwa dipaksa memindahkan sejumlah wang bagi mengelakkan daripada ditahan sebelum dibebaskan. Susulan laporan itu, polis menahan 15 pegawai polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan sebelum kesemuanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan awal selesai.
Bagaimanapun, pihak polis kemudian menahan semula pengadu bersama seorang wanita warga China dan seorang wanita warga Thailand untuk siasatan di bawah Akta Pasport 1966 serta Akta Imigresen 1959/63.
Wanita warga Thailand terbabit dibebaskan selepas dokumennya disahkan sah, manakala pengadu dan teman wanitanya berbangsa China kini direman selama 14 hari sehingga 9 Ogos ini.
Datuk Fadil menegaskan pihak polis memandang serius insiden ini dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh serta menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
