Berita Berita
Pasangan suami isteri hilang isu hutang kutu serah diri, direman pagi ini
JITRA, 6 Ogos — Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam sejak 20 Julai lalu dipercayai akibat isu hutang duit kutu telah menyerahkan diri kepada pihak polis awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada jam 1.50 pagi dan dijangka direman di Mahkamah Jitra pagi ini.
Sebelum ini, bapa kepada wanita terbabit tampil membuat laporan polis susulan kebimbangan selepas gagal mengesan anak perempuan, menantu, serta cucunya yang berusia sembilan tahun.
Susulan kehilangan itu, pihak polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa menjadi mangsa kerugian RM25,000 berkaitan main kutu yang didakwa dikendalikan oleh suspek wanita berkenaan.
Berita berkaitan
August 6, 2026, 12:14 pm
BN mahu kekal tanding 21 kerusi di Melaka, terbuka runding dengan parti lain - Ahmad Zahid
August 6, 2026, 10:42 am
'Orang ramai akan sokong Anwar jika henti guna perkataan 'kuil haram' - MAHIMA
August 6, 2026, 10:22 am
Pencuri tabung masjid 5 tahun dipenjara 69 bulan
August 6, 2026, 8:02 am
Jururawat diugut bekas kekasih: Video intim disebar selepas putus hubungan
August 6, 2026, 7:56 am
Setpol PM dilantik Penyelaras Parlimen Ampang
August 5, 2026, 10:05 pm
KPM percepat pembinaan sekolah baharu, persediaan hadapi pertambahan murid - Fadhlina
August 5, 2026, 9:54 pm
