Berita Berita
'DAP bukan parti Cina, tidak berkait dengan kaum, - DAP akui sukar dapat sokongan Melayu, persepsi kaum jadi cabaran
KUALA LUMPUR 6 Ogos - DAP mengakui usaha memperluaskan sokongan dalam kalangan pengundi Melayu masih berdepan cabaran besar meskipun jumlah keahlian orang Melayu dalam parti itu menunjukkan peningkatan.
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pertambahan penyertaan tersebut masih belum mencukupi untuk mengubah persepsi yang sekian lama mengaitkan DAP sebagai sebuah parti berasaskan kaum Cina.
Menurut beliau, persepsi itu terus menjadi halangan walaupun perjuangan DAP berpaksikan prinsip sosial demokrasi yang tidak berteraskan kaum atau agama.
“Cabaran itu memang ada sejak dahulu lagi. Kita perlu jelaskan bahawa DAP bukan parti Cina kerana dasar parti tidak berkait dengan kaum atau agama, sebaliknya mempertahankan keadilan sosial dan demokrasi mengikut lunas Perlembagaan.
“Tetapi dari dulu lagi, DAP dijadikan ‘punching bag’ menggunakan sentimen kaum dan agama,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sheikh Umar berkata, corak serangan terhadap DAP turut berubah mengikut perkembangan landskap politik negara.
Menurutnya, ketika DAP berada dalam Pakatan Rakyat (PR), parti itu sering menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) menerusi isu berkaitan kaum dan agama.
Bagaimanapun, selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan, beliau mendakwa serangan terhadap DAP lebih banyak digerakkan oleh PAS.
“Pada awal pentadbiran Kerajaan Perpaduan, pemimpin UMNO tidak lagi menyerang DAP seperti dahulu. Malah ada yang menyatakan DAP bukan ancaman.
“Tetapi apabila PAS tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH), serangan terhadap DAP kembali memuncak, terutama ketika pilihan raya di Negeri Sembilan dan Johor. Ketika itu kita melihat persepsi buruk terhadap DAP terus dimainkan,” ujarnya.
Beliau mengakui situasi tersebut memberi kesan kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH), justeru pimpinan parti perlu terus mempergiat usaha memberi penerangan kepada masyarakat, khususnya pengundi Melayu.
Menurutnya, peningkatan sokongan Melayu terhadap DAP memang berlaku, termasuk di Negeri Sembilan, namun jumlahnya masih belum memadai.
“Jadi tidak tepat untuk mengatakan orang Melayu langsung tidak menyokong DAP. Sokongan itu wujud, cuma belum besar.
“Malah, kita akan terus turun ke akar umbi memberi penjelasan supaya masyarakat Melayu dapat menilai DAP berdasarkan dasar dan perjuangan sebenar, bukan persepsi yang dibina oleh musuh politik,” katanya.
Berita berkaitan
August 6, 2026, 12:14 pm
BN mahu kekal tanding 21 kerusi di Melaka, terbuka runding dengan parti lain - Ahmad Zahid
August 6, 2026, 10:42 am
'Orang ramai akan sokong Anwar jika henti guna perkataan 'kuil haram' - MAHIMA
August 6, 2026, 10:22 am
Pencuri tabung masjid 5 tahun dipenjara 69 bulan
August 6, 2026, 8:02 am
Jururawat diugut bekas kekasih: Video intim disebar selepas putus hubungan
August 6, 2026, 7:56 am
Setpol PM dilantik Penyelaras Parlimen Ampang
August 6, 2026, 7:48 am
Pasangan suami isteri hilang isu hutang kutu serah diri, direman pagi ini
August 5, 2026, 10:05 pm
KPM percepat pembinaan sekolah baharu, persediaan hadapi pertambahan murid - Fadhlina
August 5, 2026, 9:54 pm
