TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pencuri tabung masjid 5 tahun dipenjara 69 bulan

By
|
Kongsi
image

AYER KEROH, 6 Ogos — Seorang lelaki berusia 37 tahun yang menyasarkan tabung masjid dan surau sejak lima tahun lalu dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 69 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh semalam.

Tertuduh, Mu'ammar Raid Abdul Malik mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin berhubung kes curi, pencerobohan jenayah, pecah rumah, serta kegagalan mengemukakan kad pengenalan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mencuri wang tunai dan wang tabung di beberapa rumah ibadat seperti Madrasah Al Jariah, Surau Kampung Pengkalan Lanjut, Surau Al Karim, serta menceroboh dan memecah masuk Masjid As-Syakirin, Surau Al Mustaqim, dan Surau An-Naim antara Ogos 2021 hingga Julai 2026.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Alia Safri, manakala mahkamah memerintahkan hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh tangkapannya pada 18 Julai lalu.

+ - reset