Berita Berita
BN mahu kekal tanding 21 kerusi di Melaka, terbuka runding dengan parti lain - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA 6 Ogos - Barisan Nasional (BN) bertekad mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sambil menegaskan kerusi berkenaan tidak akan dikongsi dengan mana-mana parti.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu selaras dengan hasrat Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, untuk mempertahankan keseluruhan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, BN kekal terbuka untuk mengadakan persefahaman dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Melaka, namun sebarang kerjasama hanya akan dipertimbangkan sekiranya rundingan dijalankan secara ikhlas dan jujur.
“Kita telah menetapkan bahawa kerusi yang kita menang tidak akan pernah dikongsi dengan mana-mana pihak.
“Daripada 21 kerusi yang dimenangi di Melaka, Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Melaka telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau berazam mempertahankan keseluruhan 21 kerusi itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid optimis momentum sokongan terhadap BN akan terus berkembang ke beberapa negeri menjelang pilihan raya akan datang.
“Gelombang biru akan terus, dari Johor ke Negeri Sembilan, dan insya-Allah akan ke Melaka. Saya tidak pasti ia akan sampai atau tidak ke Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Tetapi saya akan pastikan ia juga akan sampai ke Perlis dan negeri-negeri lain,” katanya.
Sebelum ini, penganalisis politik menjangkakan PRN Melaka boleh diadakan seawal September depan bagi membolehkan BN memanfaatkan momentum kemenangan yang diraih pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.
Penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub dilaporkan berkata Ketua Menteri Melaka dijangka menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam masa terdekat bagi memohon pembubaran DUN sekali gus memberi laluan kepada PRN.
Berita berkaitan
August 6, 2026, 12:59 pm
Budak autisme 6 tahun lemas dipukul ombak ketika bermain di Pantai Kuala Kerteh
August 6, 2026, 12:51 pm
'Jiran kata dia pukul anjing sampai terberak', pemilik kongsi cara Rocky ditangkap
August 6, 2026, 10:42 am
'Orang ramai akan sokong Anwar jika henti guna perkataan 'kuil haram' - MAHIMA
August 6, 2026, 10:22 am
Pencuri tabung masjid 5 tahun dipenjara 69 bulan
August 6, 2026, 8:02 am
Jururawat diugut bekas kekasih: Video intim disebar selepas putus hubungan
August 6, 2026, 7:56 am
Setpol PM dilantik Penyelaras Parlimen Ampang
August 6, 2026, 7:48 am
