Berita Berita
Setpol PM dilantik Penyelaras Parlimen Ampang
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Ampang bagi menyelaraskan penyampaian bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat secara lebih tersusun serta berkesan.
Azman menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan amanah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan dilaksanakan melalui kerjasama rapat bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan, serta agensi berkaitan.
Menurut beliau, orang ramai yang mahu mengemukakan sebarang permohonan bantuan kebajikan di kawasan Parlimen Ampang kini boleh berbuat demikian secara terus kepada Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri untuk tindakan penyelarasan.
Perkembangan ini susulan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail yang sebelum ini meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa akses beliau terhadap sistem pengurusan permohonan peruntukan khas (MyKhas) telah disekat.
Berita berkaitan
August 6, 2026, 12:14 pm
BN mahu kekal tanding 21 kerusi di Melaka, terbuka runding dengan parti lain - Ahmad Zahid
August 6, 2026, 10:42 am
'Orang ramai akan sokong Anwar jika henti guna perkataan 'kuil haram' - MAHIMA
August 6, 2026, 10:22 am
Pencuri tabung masjid 5 tahun dipenjara 69 bulan
August 6, 2026, 8:02 am
Jururawat diugut bekas kekasih: Video intim disebar selepas putus hubungan
August 6, 2026, 7:48 am
Pasangan suami isteri hilang isu hutang kutu serah diri, direman pagi ini
August 5, 2026, 10:05 pm
KPM percepat pembinaan sekolah baharu, persediaan hadapi pertambahan murid - Fadhlina
August 5, 2026, 9:54 pm
