Berita Politik
Kemelut peruntukan tidak jejas persediaan PH hadapi PRN Melaka — Fahmi
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak terkesan dengan isu dakwaan sekatan akses peruntukan membabitkan beberapa Ahli Parlimen PKR, sekali gus kekal fokus menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Penerangan PKR merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan bahawa perbezaan atau isu di peringkat Persekutuan tidak seharusnya mengganggu gerak kerja jentera parti mahupun usaha Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Kenyataan itu bagi mengulas spekulasi susulan dakwaan lima Ahli Parlimen PKR—termasuk Wong Chen (Subang), Lee Chean Chung (Petaling Jaya) dan Rodziah Ismail (Ampang)—yang mendakwa akses portal peruntukan khas (MyKHAS) mereka disekat hingga timbul desas-desus peletakan jawatan.
"Kalau pilihan raya negeri itu di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Ahli Parlimen di peringkat Persekutuan. Jadi, kita tidak lihat perkara itu akan mendatangkan apa-apa kesan. Fokus parti dan kerajaan Persekutuan adalah untuk menyelesaikan isu yang dihadapi rakyat," katanya selepas merasmikan Program Komuniti Kasih Madani di IWK Eco Park, hari ini.
Fahmi turut menambah bahawa jentera parti di peringkat cabang dan kawasan seperti di Pandan serta Setiawangsa masih bergerak aktif seperti biasa, manakala persiapan PRN Melaka kini tertumpu kepada perbincangan kerjasama kerusi dan pemilihian calon lebih awal.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
