Berita Politik
PN bersedia berunding dengan BN bagi PRN Melaka, tidak babitkan Bersatu
KOTA BHARU, 10 Ogos — Perikatan Nasional (PN) mengesahkan bersetuju untuk mengadakan rundingan bersama Barisan Nasional (BN) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam masa terdekat, namun perbincangan itu tidak akan melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bentuk rundingan termasuk pengagihan kerusi di Melaka berkemungkinan berbeza berbanding pendekatan di Negeri Sembilan berikutan kedudukan kerusi yang tidak sama di setiap negeri.
"Sebagai contoh kita tiada kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN), namun kita ada kerusi Parlimen di Melaka. Semua itu kita akan jadikan asas dalam perbincangan kita.
"Apakah mereka mahu mengekalkan 20 atau 21 kerusi termasuk kerusi di DUN Rembia yang mana ADUN kerusi berkenaan sudah menyertai PAS juga akan dibincang," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Muktamar Tahunan PAS Kali ke-72, di sini, malam tadi.
Mengulas mengenai laporan dakwaan rundingan tidak rasmi antara Pakatan Harapan (PH) dan BN Melaka, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS memaklumkan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut dan menganggapnya berkemungkinan sekadar gimik politik sebelum disahkan oleh pihak UMNO.
Terdahulu, Pengerusi PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim mengesahkan belum ada sebarang rundingan rasmi antara PH dan BN negeri, namun mengakui komunikasi secara tidak rasmi sentiasa berlaku.
Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin menegaskan bahawa kerjasama BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan sebelum ini disokong oleh persefahaman bertulis rasmi yang ditandatangani kepimpinan tertinggi kedua-dua pihak, termasuk persetujuan pemberian jawatan Menteri Besar kepada BN serta agihan Exco dan Timbalan Speaker.
Beliau yakin persefahaman mantap berkenaan bakal diteruskan ke PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang demi penyatuan ummah.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
