Berita Sukan
Pengendali JDT dedah rahsia ikat Chelsea 3-3
JOHOR BAHRU, 10 Ogos — Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz mendedahkan kejayaan pasukannya mengikat gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea, 3-3 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi adalah hasil kajian mendalam terhadap kelemahan formasi taktikal lawan.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, beliau telah menyediakan dua perancangan berbeza bagi mendepani strategi skuad bimbingan Xabi Alonso yang kerap bertukar antara pelan empat pertahanan mahupun formasi 3-4-3.
"Malam ini saya ada dua perancangan untuk berdepan Chelsea... dan kami cuba menyesuaikan beberapa situasi sepanjang perlawanan. Perkara terbaik adalah kami membentuk corak permainan tersusun dan beraksi secara kompak sebagai satu unit.
"Pasukan JDT mempamerkan prestasi yang menakjubkan dalam fasa berbeza. Kami faham dengan tepat apa yang perlu kami lakukan untuk cuba mencapai tahap yang sama atau sedikit lebih tinggi daripada Chelsea," katanya selepas perlawanan.
Dalam aksi berintensiti tinggi itu, JDT terlebih dahulu mengejutkan pelawat menerusi jaringan kapten Arif Aiman Hanapi pada minit ke-14 sebelum Liam Delap menyamakan kedudukan lewat sepakan penalti minit ke-40.
Memasuki babak kedua, Delap sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 untuk meletakkan The Blues di hadapan 2-1, namun Oscar Arribas kembali mengikat kedudukan menerusi sepakan percuma selang tiga minit kemudian.
JDT hampir memuktamadkan kemenangan dramatis selepas Bergson da Silva meledak gol ketiga pada minit ke-86, tetapi jaringan gol sendiri Antonio Glauder pada penghujung perlawanan memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan 3-3.
Aksi berdepan Chelsea menjadi penutup tirai siri pramusim Harimau Selatan sebelum mereka membuka saingan Liga Super dan berdepan Kuching City FC dalam aksi Piala Sumbangsih tidak lama lagi.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
