Berita Politik
PRN Melaka tapak baharu bina semula kekuatan PKR - Adam Adli
MELAKA, 10 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang sebagai "tapak baharu" untuk membina semula kekuatan parti menerusi pendekatan politik yang lebih matang, berteraskan tawaran idea dan dasar yang jelas kepada rakyat.
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, memandangkan parti itu tidak memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-15 lalu, PKR bakal memulakan saingan tanpa sebarang kelebihan kerusi, sekali gus menuntut pendekatan yang berbeza.
"Kita perlu membuktikan kepada masyarakat bahawa parti masih mampu diterima serta melahirkan wakil rakyat yang boleh menjadi suara rakyat di DUN Melaka.
"Cabaran itu memerlukan PKR menggunakan pendekatan berbeza berbanding pilihan raya terdahulu, termasuk meninggalkan politik berasaskan naungan (patronage politics) dan bergerak ke arah politik yang lebih matang," katanya.
Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya menambah, Pakatan Harapan (PH) akan memasuki gelanggang PRN dengan cermat serta memfokuskan kepada isu teras masyarakat seperti kos sara hidup, peluang belia, pendidikan, pemilikan rumah, kadar gaji, dan kesihatan mental.
Beliau yang turut menjawat jawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menekankan bahawa kejayaan parti tidak seharusnya dinilai daripada penguasaan politik semata-mata, sebaliknya menerusi impak dasar yang dapat memberi manfaat kepada rakyat sejajar dengan gagasan 'Keadilan Untuk Semua'.
Dalam pada itu, Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi Kongres Nasional PKR 2026 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dari 13 hingga 16 Ogos ini.
Kongres yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos berkenaan akan beri tumpuan penuh kepada persediaan serta pengukuhan parti menghadapi pilihan raya, memandangkan mandat Kerajaan Negeri Melaka bakal tamat pada 31 Disember ini.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
