Berita Dunia
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Taiwan kerana jadi keldai wang sindiket penipuan
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Tiga rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa di Kaohsiung, Taiwan selepas disyaki bertindak sebagai keldai wang bagi sindiket penipuan tempatan.
Central News Agency (CNA) melaporkan bahawa ketiga-tiga lelaki tempatan berusia 18, 26, dan 39 tahun berkenaan memasuki negara itu menggunakan pas pelancong sebelum ditahan secara berasingan oleh Polis Zuoying dalam operasi khas dari penghujung Jun hingga Julai lalu.
Menurut laporan berkenaan, suspek berusia 39 tahun ditahan di hadapan mesin ATM sebuah pejabat pos bersama wang tunai NT$155,000 (RM19,660), dua kad bank, serta sebuah telefon bimbit. Manakala suspek berusia 18 tahun turut ditahan di lokasi berasingan bersama wang tunai NT$60,000 (RM7,610) dan sekeping kad bank.
Sementara itu, suspek ketiga berusia 26 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung pertengahan Julai lalu menerusi kerjasama Agensi Imigresen Nasional dan Biro Polis Penerbangan Taiwan sewaktu cuba meninggalkan negara berkenaan.
Ketiga-tiga warga Malaysia itu kini diperintah tahan oleh Mahkamah Daerah Ciaotou bagi membantu siasatan lanjut.
Pihak polis Taiwan mendedahkan bahawa sindiket penipuan kini semakin kerap mengeksploitasi pas pelancong dengan merekrut warga asing sebagai keldai wang. Taktik menetap secara singkat sekitar seminggu sebelum pulang ke negara asal dilakukan secara terancang bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan jejak mereka.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 4:14 pm
Pemandu muslim maut lepas diserang orang ramai di India
August 11, 2026, 9:45 am
'Orang gila' tiba-tiba mengamuk baling batu bata tepat ke kepala budak
August 7, 2026, 8:45 pm
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
