Berita Dunia
Pemandu muslim maut lepas diserang orang ramai di India
HAPUR 12 OGOS - Seorang pemandu lori berusia 27 tahun dari Moradabad, Azeem Ali, dilaporkan meninggal dunia pada 4 Ogos lalu selepas dipercayai menjadi mangsa serangan fizikal oleh sekumpulan penganut Kanwariya.
Kejadian berkenaan berlaku berikutan satu kemalangan jalan raya yang melibatkannya di daerah Hapur, Uttar Pradesh, India.
Tragedi itu bermula apabila Azeem yang dalam perjalanan ke Delhi pada 31 Julai mengalami masalah untuk mengawal kenderaannya sebelum merempuh beberapa orang penganut Kanwariya di berhampiran Shiva Dhaba.
Rempuhan itu telah mencederakan beberapa individu yang berada berdekatan lokasi kejadian.
Susulan insiden itu, sekumpulan Kanwariya bertindak mengheret Azeem keluar dari kenderaannya lalu memukulnya hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di tempat kejadian.
Pihak polis yang tiba kemudiannya bergegas menghantar mangsa ke hospital sebelum dipindahkan ke Meerut bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Isteri mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian buruk tersebut pada 2 Ogos selepas dimaklumkan oleh pihak polis berikutan keadaan kesihatan Azeem yang semakin merosot.
Mangsa seterusnya dirujuk ke Hospital Lok Nayak di Delhi dan koma sepanjang rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada hari keenam.
Abang mangsa, Maqbool Ali, meluahkan rasa kesal atas tindakan ganas itu dan mempersoalkan mengapa adiknya tidak diserahkan sahaja kepada pihak polis sekiranya dia melakukan kesilapan pada hari kejadian.
Bapa mangsa, Intezar Hussain, yang kini terlantar sakit turut bersedih atas kehilangan anaknya yang turut meninggalkan seorang balu dan bayi berusia lima bulan.
Susulan kematian Azeem, pihak polis Garhmukhteshwar telah mendaftarkan Laporan Pertama (FIR) berdasarkan aduan rasmi keluarga mangsa.
Setakat ini, lima individu termasuk empat penganut Kanwariya iaitu Manish, Ankit, Lokesh, Farmaan dan Shivam telah ditahan bersama dua lagi individu yang belum dikenal pasti.
Kesemua mereka berdepan pertuduhan atas kesalahan merusuh, sengaja menyebab kecederaan dan percubaan membunuh.
Berita berkaitan
August 11, 2026, 9:45 am
'Orang gila' tiba-tiba mengamuk baling batu bata tepat ke kepala budak
August 11, 2026, 8:27 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Taiwan kerana jadi keldai wang sindiket penipuan
August 7, 2026, 8:45 pm
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
