Berita Dunia
'Orang gila' tiba-tiba mengamuk baling batu bata tepat ke kepala budak
LAMPUNG TIMUR 11 OGOS – Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental tergamak membaling batu ke arah kepala seorang budak di sebuah kedai makan akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis di Lampung, Indonesia.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa lelaki berkenaan mengalami gangguan mental.
Menurut jurucakap polis Lampung Timur, mengesahkan bahawa suspek telah berjaya dikenal pasti dan ditahan.
Pihak keluarga suspek turut mengemukakan bukti dokumen perubatan yang mengesahkan keadaan mental lelaki berkenaan.
Buat masa ini, suspek berada di kediamannya dan telah diberikan ubat penenang bagi mengelakkannya keluar rumah, sebelum dibawa oleh ahli keluarga ke Rumah Sakit Jiwa Lampung untuk rawatan lanjut.
Mengenai tindakan undang-undang, pihak polis menjelaskan bahawa kes berkenaan telah diselesaikan selepas keluarga suspek sudah memohon maaf.
Ibu bapa mangsa memilih untuk tidak membuat laporan polis, manakala keluarga suspek bersetuju untuk menanggung sepenuhnya kos rawatan perubatan mangsa.
Sementara itu, keadaan mangsa yang menerima rawatan di hospital dilaporkan semakin pulih selepas mengalami lebam pada bahagian mata kanan akibat kesan lemparan batu tersebut.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 4:14 pm
Pemandu muslim maut lepas diserang orang ramai di India
August 11, 2026, 8:27 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Taiwan kerana jadi keldai wang sindiket penipuan
August 7, 2026, 8:45 pm
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
