Berita Viral
Penumpang wanita trauma pemandu e-hailing nak bergaduh masa bekerja
KUALA LUMPUR 11 OGOS - Seorang wanita berkongsi pengalaman menakutkan ketika menaiki sebuah kenderaan e-hailing apabila pemandu itu dipercayai bertengkar dengan individu lain semasa melakukan perkhidmatan itu.
Menerusi perkongsian video Emily Lims, pemandu itu dipercayai tidak berpuas hati dengan penunggang motosikal dan sempat memaki hamun individu tersebut selepas menurunkan tingkap.
Menurut Emily, dia mempunyai trauma apabila mendengar orang menjerit-jerit dan hanya mampu berdoa supaya cepat sampai ke destinasi.
"Aku dah lah hidup dengan trauma orang jerit-jerit ini dari kecil, jadi bila macam ini (kejadian) auto menggigil satu badan.
"Duduk belakang aku tak cakap sepatah apa diam sahaja memang berdoa dalam hati semoga cepat dan selamat sampai destinasi sahaja. Memang banyak kali dia nak langgar orang dan bawa laju gila-gila," luahnya.
Melihat insiden tersebut, rata-rata orang ramai meninggalkan komen agar wanita itu membuat laporan kepada syarikat e-hailing tersebut kerana sikap pemandu yang membahayakan keselamatan penumpang.
"Kalau saya pun takut dapat pemandu macam ini. Lapor (syarikat e-hailing) bagi dia (pemandu) berehat dulu tenangkan jiwa," kata Aiman Harith.
"Ini kalau tak report dekat (syarikat e-hailing) tak tahu lah. Jangan sampai dia punya pasal penumpang tak bersalah terlibat dalam insiden," jelas Caliph Khalifah.
Selain itu ada juga yang meminta wanita itu memilih pemandu wanita yang sudah tersedia dalam servis sistem e-hailing tersebut.
"(Syarikat e-hailing) boleh 'request' pemandu wanita dalam 'apps' untuk penumpang wanita, boleh cuba," ujar Azreen Khairil.
"Sekarang (syarikat e-hailing) ada bagi pilihan untuk wanita pilih pemandu wanita," jelas Nunaslee.
Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak syarikat e-hailing berhubung insiden tersebut.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 5:25 pm
'Saya daripada atas', warga asing 'menganjing' rakyat Malaysia bila disoal datang dari mana
August 12, 2026, 9:35 am
Pemancing jumpa sekumpulan kucing terbiar kurus kering di tengah laut Klang
August 11, 2026, 11:06 am
Penumpang AirAsia mengamuk cuba buka pintu pesawat
August 10, 2026, 5:53 pm
Detik cemas ibu dukung bayi berdepan penyamun di Batu Gajah
August 10, 2026, 1:44 pm
Wanita putus selera rakam aksi lelaki buang air kecil dalam restoran
August 10, 2026, 10:26 am
Pemandu nyaris kemalangan, sempat elak kereta pandu lawan arus di Kajang
August 7, 2026, 3:53 pm
'Kesian tengok muka mangsa', Hilux rempuh Ativa lepas gagal potong lori di Cameron Highland
August 7, 2026, 9:50 am
Penumpang cuba buka pintu kecemasan semasa penerbangan KL ke India
August 6, 2026, 5:27 pm
