Berita Viral
Wanita putus selera rakam aksi lelaki buang air kecil dalam restoran
KUALA LUMPUR 10 OGOS - Tular di media sosial seorang wanita sempat merakam tindakan biadap seorang pelanggan yang membuang air kecil di kawasan tempat makan di sebuah restoran.
Menerusi perkongsian mia.azraaaa di media sosial, wanita itu yang sedang makan secara tiba-tiba melihat perbuatan jijik lelaki tersebut.
"Tengah sedap makan tiba-tiba ternampak orang main kencing sahaja terus dalam kedai, hilang selera aku," katanya.
Namun begitu, wanita itu tidak mendedahkan lokasi kejadian sama ada pengalaman yang dialami wanita tersebut di dalam atau luar negara.
Rata-rata orang ramai di media sosial turut menanyakan soalan kepada wanita tersebut di manakah lokasi kejadian.
"Tolong sis (kakak) 'update' lokasi mana," kata seorang pengguna.
"Tengok dekat botol kicap itu tulisan cina, ini mesti dekat China ini," ujar pengguna lain.
"Kedai mana ini? Orang itu tak betul ke atau tengah mabuk?" soal seorang lagi pengguna.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 10:26 am
Pemandu nyaris kemalangan, sempat elak kereta pandu lawan arus di Kajang
August 7, 2026, 3:53 pm
'Kesian tengok muka mangsa', Hilux rempuh Ativa lepas gagal potong lori di Cameron Highland
August 7, 2026, 9:50 am
Penumpang cuba buka pintu kecemasan semasa penerbangan KL ke India
August 6, 2026, 5:27 pm
'Diorang kata kakak gemuk', ibu luah rasa sedih anak lari peluk lepas sampai sekolah
August 6, 2026, 8:56 am
Pemandu dipercayai warga asing ketawa lepas langgar kereta, lari bayar tol di KL
August 4, 2026, 10:53 am
'Saya tiada duit', pelancong India selamba keluar 'Grab' lepas sampai destinasi
August 3, 2026, 5:26 pm
Bunyi jeritan, ketukan wanita misteri di M Tower Empire City cetus kebimbangan penduduk
August 3, 2026, 10:25 am
