Berita Viral
Penumpang cuba buka pintu kecemasan semasa penerbangan KL ke India
KUALA LUMPUR 7 OGOS - Seorang penumpang berkongsi detik mencemaskan apabila seorang individu didakwa cuba membuka pintu kecemasan dalam penerbangan Batik Air dari Kuala Lumpur ke Kochi, India baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, kejadian berlaku ketika kebanyakan penumpang sedang tidur dalam penerbangan sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat seolah-olah angin menderu masuk ke dalam pesawat.
"Seorang penumpang yang duduk di barisan berhampiran pintu keluar kecemasan didakwa memecahkan tingkap sebelum cuba mengganggu pintu keluar kecemasan.
"Kami dapat mendengar bunyi angin yang menderu melalui pesawat. Mujurlah, disebabkan reka bentuk pesawat dan tekanan kabin, pintu keluar kecemasan itu kekal tertutup," katanya.
Menurutnya, penumpang lain bersama kru Batik Air bertindak pantas menahan individu terbabit dan berjaya menghalang keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Katanya, insiden itu merupakan pengalaman yang amat mencemaskan, namun semua penumpang dilaporkan selamat.
Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penumpang dan kru yang tampil membantu ketika kejadian berlaku.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 11:49 am
Budak kena rotan dipercayai kena paksa buat jualan di Johor?
September 22, 2026, 9:47 am
Pemandu lori buat 'auto pilot' manual untuk capai barang di belakang tempat duduk
September 21, 2026, 4:03 pm
Warga asing duduk luar negara dakwa orang Malaysia paling rasis
September 21, 2026, 2:29 pm
Aktivis kena marah lepas dedah warga asing sambut majlis kahwin guna BMW
September 21, 2026, 1:23 pm
Bapa buntu cari RM70,000 dalam masa 10 hari demi selesaikan kes 'maid' aniaya anak
September 21, 2026, 9:54 am
'Bila nak selesai masalah' - Netizen persoal kereta peronda 'escort' pencuri kabel di kawasan rumah
September 20, 2026, 9:51 am
Hutan dua ekar terbakar didakwa punca upacara keagamaan?
September 19, 2026, 7:41 pm
Tular budak lelaki masih hilang, rakaman CCTV kesan pergerakan ditempat kejadian
September 19, 2026, 10:36 am
Penunggang motosikal kena libas, kereta bergolek terbang lepas lori brek mengejut
September 18, 2026, 5:41 pm
