Berita Viral
Pemandu nyaris kemalangan, sempat elak kereta pandu lawan arus di Kajang
KUALA LUMPUR 10 OGOS - Tular di media sosial seorang pemandu nyaris mengalami kemalangan disebabkan sebuah kenderaan yang melawan arus dipercayai berlaku di Kajang baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video abang mangsa, Muhd Aiman Rizal di media sosial memperlihatkan kenderaan itu memandu laju melawan arus sebelum adiknya sempat mengelak.
"Semalam adik hampir kena langgar dengan kereta 'wrong way' dekat Lebuh Raya SILK '. Nasib baik sempat mengelak, kalau tak memang tak tahu jadi apa," katanya.
Menelusuri ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bimbang kerana jalan tersebut digunakan setiap hari.
"Saya balik kerja malam dua tiga kali seminggu masuk office balik memang ikut Kajang Silk, murunglah macam ini. Pernah dulu kena dekat Cheras masa balik kerja juga bertembung macam ini," kata seorang pengguna.
"Mabuk kot, simpang 4 yang 'confusing' dekat bawah 'flyover itu dekat Lotus/MRT Sg Jernih, tapi kalau dari bawah itu pun macam tak logik kalau ke arah Kuala Lumpur," ujar pengguna lain.
"Allahuakhbar, jalan saya dan suami balik ini naik motor, dah kena tiba-tiba dia wrong way gitu," jelas seorang lagi pengguna.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 1:44 pm
Wanita putus selera rakam aksi lelaki buang air kecil dalam restoran
August 7, 2026, 3:53 pm
'Kesian tengok muka mangsa', Hilux rempuh Ativa lepas gagal potong lori di Cameron Highland
August 7, 2026, 9:50 am
Penumpang cuba buka pintu kecemasan semasa penerbangan KL ke India
August 6, 2026, 5:27 pm
'Diorang kata kakak gemuk', ibu luah rasa sedih anak lari peluk lepas sampai sekolah
August 6, 2026, 8:56 am
Pemandu dipercayai warga asing ketawa lepas langgar kereta, lari bayar tol di KL
August 4, 2026, 10:53 am
'Saya tiada duit', pelancong India selamba keluar 'Grab' lepas sampai destinasi
August 3, 2026, 5:26 pm
Bunyi jeritan, ketukan wanita misteri di M Tower Empire City cetus kebimbangan penduduk
August 3, 2026, 10:25 am
