TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Saya daripada atas', warga asing 'menganjing' rakyat Malaysia bila disoal datang dari mana

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 OGOS - Tular video di media sosial seorang pempengaruh dipermainkan oleh warga asing apabila individu itu menanyakan beberapa soalan kepadanya.

Individu yang dipercayai warga asing mengakui tiada kampung dan secara sini menjawab datang dari langit sekali gus boleh sampai di Malaysia.

Pempengaruh yang dikenali sebagai rief_syarafuddin itu datang secara baik bertanyakan sosalan 'datang daripada mana' kepada warga asing yang berada di lokasi berkenaan.

Namun seorang lagi warga asing yang siap berkasut loafer tiba-tiba melenting apabila gambarnya diambil dan menggugut untuk memanggil 'boss' bagi menghalau pempengaruh itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap sabar pempengaruh itu dan meminta pihak bertanggungjawab melakukan tugas.

"Orang asing ini memang besar kepala lagi-lagi kalau dah lama duduk Malaysia," kata seorang pengguna.

"Kerajaan cakap kekurangan tenaga warga asing, inilah sebabnya bukan datang untuk bekerja tapi buat duit pula," ujar pengguna lain.

"Macam mana warga asing bebas berniaga? Negara sudah tiada penguatkuasa yang bekerja ke?" soal pengguna lain.

 

+ - reset