TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Kesian tengok muka mangsa', Hilux rempuh Ativa lepas gagal potong lori di Cameron Highland

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 OGOS - Tular di media sosial satu rakaman papan pemuka (dashcam) melibatkan satu kemalangan antara dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua Ativa di Cameron Highlands pada Khamis.

Menerusi rakaman dashcam itu, pemandu Hilux tersebut memandu laju dan memotong barisan di jalan garisan berkembar sebelum merempuh bahagian depan Ativa.

"Hilux Cameron Highlands, potong tak lepas, dah lah garisan berkembar. Kesian tengok penumpang Ativa, darah penuh muka. Pemandu Hilux awal 20an (umur) rasanya potong lori," kata pengguna media sosial itu.

Menelusuri ruangan komen, ada saksi menyatakan kesian melihat keadaan mangsa yang mengalami kecederaan serius.

"Semalam lalu masa lepas kejadian, kesian 'aunty' itu dengan anak dia, luka-luka 'aunty' itu nampak cedera teruk, darah banyak. Mujur 'uncle' itu tak ada cedera langsung," kata seorang saksi.

Manakala komen lain pula mengecam tindakan pemandu-pemandu kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang menaiki Cameron Highlands.

"Kalau naik Cameron, nampak kereta Hilux warna macam ini memang elakkan rapat sebab cara bawa kereta macam tak pernah pergi ambil lesen memandu," ujar pengguna lain.

"Sana Cameron memang biasa, kadang-kadang yang bawa ini puak-puak pekerja sana sama ada tak ada lesen atau PATI," jelas seorang lain pengguna.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

+ - reset