Berita Viral
Pemancing jumpa sekumpulan kucing terbiar kurus kering di tengah laut Klang
KLANG 12 OGOS - Tular di media sosial seorang pemancing berjaya menemui sekumpulan kucing yang ditinggalkan di tengah laut tanpa sebarang makanan dan minuman dan hanya menunggu masa untuk mati.
Perkongsian oleh Syafiq.lahh di media sosial itu mendapat perhatian ramai sambil mengecam tindakan individu yang meninggalkan kucing di rumah rakit tersebut.
Lelaki itu yang kebetulan memancing di kawasan Pulau Ketam sempat memberikan beberapa ekor hasil tangkapannya kepada kucing-kucing tersebut.
Haiwan itu dilihat sangat lapar dan kurus kering sambil meminta makanan kepada lelakit tersebut.
Manakala dalam media sosial, beberapa individu penyelamat kucing telah berjaya menyelamatkan haiwan tersebut sambil mendakwa ada yang sudah mati.
Orang ramai turut bersimpati dan memberikan sumbangan kepada individu-individu terlibat untuk menguruskan kucing-kucing tersebut.
Meskipun sebahagian besar haiwan berkenaan telah selamat dipindahkan ke darat, usaha menyelamat dijangka berterusan bagi memastikan tiada lagi baki kucing yang tertinggal di struktur terbiar itu.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 5:25 pm
'Saya daripada atas', warga asing 'menganjing' rakyat Malaysia bila disoal datang dari mana
August 11, 2026, 11:06 am
Penumpang AirAsia mengamuk cuba buka pintu pesawat
August 11, 2026, 9:17 am
Penumpang wanita trauma pemandu e-hailing nak bergaduh masa bekerja
August 10, 2026, 5:53 pm
Detik cemas ibu dukung bayi berdepan penyamun di Batu Gajah
August 10, 2026, 1:44 pm
Wanita putus selera rakam aksi lelaki buang air kecil dalam restoran
August 10, 2026, 10:26 am
Pemandu nyaris kemalangan, sempat elak kereta pandu lawan arus di Kajang
August 7, 2026, 3:53 pm
'Kesian tengok muka mangsa', Hilux rempuh Ativa lepas gagal potong lori di Cameron Highland
August 7, 2026, 9:50 am
Penumpang cuba buka pintu kecemasan semasa penerbangan KL ke India
August 6, 2026, 5:27 pm
