Berita Politik
PH belum bincang kerjasama politik dengan Bersatu
PUTRAJAYA, 12 Ogos – Pakatan Harapan (PH) mengesahkan belum mengadakan sebarang perbincangan rasmi berhubung kebarangkalian menjalin kerjasama politik dengan BERSATU, khususnya bagi menghadapi pilihan raya.
Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, isu berkenaan masih belum diangkat atau dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi gabungan itu buat masa ini.
"Pada waktu ini, peringkat pimpinan belum membincangkan perkara itu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan membayangkan bahawa PH sentiasa bersikap terbuka untuk menjalin sebarang persefahaman atau kerjasama politik dengan mana-mana pihak termasuk BERSATU dan Perikatan Nasional (PN), demi kestabilan politik serta kepentingan rakyat.
Walau bagaimanapun, pandangan berbeza disuarakan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramkarpal Singh yang menegaskan kerjasama antara DAP dan PAS khususnya adalah tidak mungkin berlaku.
Ramkarpal menyifatkan tuduhan berterusan daripada pimpinan PAS yang melempar tohmahan kononnya DAP anti-Islam sebagai tidak berasas, sekali gus menjadi penghalang utama kepada sebarang bentuk kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
