Berita Politik
Saifuddin Nasution Timbalan Presiden PKR lepas Nurul Izzah berundur
AYER KEROH 16 OGOS - Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dinamakan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu bagi mengisi kekosongan jawatan nombor dua parti susulan pengunduran Nurul Izzah Anwar.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan pada hari kedua Kongres Nasional PKR 2026 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh pada Ahad.
Anwar berkata, pelantikan sahabat lamanya itu penting bagi memastikan kesinambungan gerak kerja dan mengelakkan kekosongan kepimpinan dalam struktur parti.
"Saya tidak mahu ada kekosongan dalam dasar pembinaan parti. Saya fikir sahabat saya yang lama, yang paling setia dan paling saya kenal dalam negara untuk meneruskan kerja sebagai Timbalan Presiden ialah Saudara Saifuddin Nasution.
"Saya tahu ini satu beban, tetapi sebagai pejuang lama beliau faham rentak kerja pentadbiran. Saya harap seluruh kekuatan PKR memberikan sokongan penuh, kerjasama dan ketaatan kepada beliau," katanya.
Menyentuh mengenai Nurul Izzah yang menyampaikan ucapan terakhir selaku Timbalan Presiden pada kongres kali ini, Anwar memberi gambaran bahawa pengunduran tersebut berkemungkinan hanyalah sekadar cuti sementara sebelum dirangkul semula ke dalam saf kepimpinan utama.
Dalam ucapan sama, Anwar turut mengumumkan bahawa Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari diberikan mandat penuh untuk mengetuai dan merangka segala persiapan jentera bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Beliau menegaskan parti tidak lagi membenarkan sebarang struktur alternatif atau tindakan berpuak-puak demi memastikan keseragaman gerak kerja pilihan raya.
"Kita minta saudara Amirudin untuk diberikan mandat penuh menjalankan kerja-kerja pilihan raya yang akan datang. Tiada lagi sistem alternatif, satu sistem, satu kepimpinan, satu format dan Amirudin akan tentukan," tegas beliau.
Bagi melengkapkan penyelarasan di peringkat pusat, Anwar turut memberi mandat kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyelaraskan urusan di Pejabat Presiden dan Sekretariat.
Anwar menegaskan bahawa PKR perlu berlapang dada dan merangkul semua kekuatan serta tokoh lama demi memastikan agenda reformasi kekal relevan memartabatkan negara.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
