TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Parti BERSAMA bukan 'trojan horse', BN dan PAS tidak perlukan ejen kalahkan PH - Rafizi

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN, 14 Ogos – Pengasas bersama Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Datuk Seri Rafizi Ramli menepis dakwaan bahawa parti baharu itu ditubuhkan sebagai 'trojan horse' bagi memecahkan undi atau membantu Barisan Nasional (BN) dan PAS menewaskan Pakatan Harapan (PH).

Rafizi menegaskan, tuduhan yang mendakwa beliau bekerjasama dengan pemimpin BN dan PAS untuk merosakkan DAP serta PKR adalah tidak berasas sama sekali.

"Ada yang mendakwa BERSAMA adalah 'trojan horse' dan ejen untuk mengalahkan PH. BN dan PAS tidak perlukan ejen untuk kalahkan PH, mereka hanya perlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja," katanya ketika berucap pada Siri Jelajah Kancil Pulau Pinang di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai lanskap politik semasa, Rafizi berpendapat pendekatan politik negara masih terperangkap dengan kaedah lama, sedangkan struktur masyarakat dan cabaran ekonomi rakyat telah jauh berubah berbanding tiga atau empat dekad lalu.

Menurut beliau, penyelesaian masalah rakyat pada masa kini tidak lagi boleh bergantung kepada pemikiran era 1970-an atau 1980-an kerana pelbagai parameter pemboleh ubah telah berubahkan mengikut peredaran zaman.

Sehubungan itu, beliau menggesa parti-parti politik agar berani menawarkan formula baharu dalam menangani isu teras rakyat seperti kos sara hidup, perkhidmatan kesihatan dan kebajikan warga emas, daripada terus bergantung kepada politik perkauman.

Beliau menambah, pendekatan politik masa depan perlu berorientasikan penambahbaikan struktur populasi dan demografi negara, bukannya sekadar berfokus kepada kemenangan pilihan raya dalam tempoh terdekat semata-mata.

+ - reset