Berita Politik
DAP takkan mudah lepas jawatan dalam kerajaan - Rafizi
GEORGETOWN, 17 Ogos – Pemimpin Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendakwa DAP tidak akan mudah melepaskan kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan selepas pernah merasai nikmat kuasa menerusi pelbagai jawatan pentadbiran yang disandang wakil parti itu.
Beliau menyifatkan keputusan berkenaan sudah dijangka memandangkan sukar bagi mana-mana parti politik yang telah mempunyai kedudukan kukuh dalam kerajaan untuk meninggalkan kuasa yang dimiliki.
Menurutnya, penguasaan DAP merangkumi pelbagai peringkat kepimpinan daripada Menteri penuh, Timbalan Menteri, Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), wakil rakyat sehinggalah ke peringkat Ahli Majlis di akar umbi.
Mengulas lanjut pada Siri Jelajah Kancil Pulau Pinang malam tadi, Rafizi memberitahu bahawa beliau sudah menjangkakan sejak beberapa minggu lalu bahawa DAP tidak akan menarik diri, sekali gus menepis spekulasi sesetengah pihak yang menyangka pentadbiran Pakatan Harapan akan tumbang.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa parti-parti politik besar termasuk PKR dan DAP kerap memainkan isu nostalgia masa lalu serta sentimen ketakutan berasaskan kaum apabila berdepan masalah sokongan pengundi, berbanding mengemukakan penyelesaian terhadap isu semasa.
Kenyataan tersebut hadir susulan keputusan Keputusan Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang menyaksikan sebanyak 88.2 peratus delegates menyokong parti itu untuk terus kekal dalam kerajaan Persekutuan, di mana Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, menyifatkan ia sebagai mandat jelas untuk meneruskan agenda reformasi.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
