Berita Politik
Kon Yeow minta Rafizi hormat keputusan DAP
GEORGE TOWN, 17 Ogos – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Chow Kon Yeow meminta pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Datuk Seri Rafizi Ramli supaya menghormati keputusan yang dimuktamadkan parti itu berhubung kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan.
Kon Yeow berkata, Rafizi sepatutnya menerima fakta asas berkenaan keputusan rasmi yang telah dibuat oleh perwakilan DAP menerusi persidangan parti.
"Minta dia hormati DAP dan keputusan perwakilan. Itu fakta asas, bukan?" katanya ketika ditemui selepas melancarkan program penyertaan awam bagi Pelan Struktur Pulau Pinang 2040 pada Jumaat.
Kenyataan Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikeluarkan bagi mengulas dakwaan Rafizi bahawa DAP tidak mungkin meninggalkan pentadbiran kerajaan selepas menikmati perwakilan serta kedudukan yang besar di pelbagai peringkat kuasa.
Sebelum ini, Rafizi menilai bahawa penglibatan DAP yang meluas merangkumi jawatan menteri, timbalan menteri, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri hingga ahli majlis tempatan menyukarkan parti itu untuk membuat keputusan keluar daripada pentadbiran.
Walau bagaimanapun, keputusan Persidangan Kebangsaan DAP 2026 menyaksikan majoriti besar iaitu 1,857 perwakilan atau 88.2 peratus menyokong untuk parti terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, manakala hanya 242 undi atau 11.5 peratus mahu parti berkenaan keluar.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
