TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Penunggang motosikal 'sekolahkan' pemandu bawa kereta macam samseng di jalan raya

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 OGOS - Seorang pemandu kenderaan jenis Proton S70 yang memandu secara samseng di atas jalan raya telah menerima kecaman orang ramai.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) pengguna media sosial, pemandu S70 itu dilihat menekan hon semasa di sebuah kawasan lampu isyarat.

Tindakan biadap itu disusuli dengan gaya pemanduan yang berbahaya apabila dia memecut laju lalu menekan brek secara tiba-tiba yang boleh mengundang bahaya pengguna jalan raya lain.

Ketika di persimpangan lampu isyarat lain, pemandu S70 itu dimarahi oleh seorang penunggang motosikal kerana tindakan samsengnya yang membawa kereta secara berbahaya.

Manakala di dalam ruangan komen, rata-rata orang ramai berpuas hati dengan tindakan penunggang motosikal itu yang memarahi pemandu tersebut.

"Dia nak marah kereta itu tapi motor itu pulak marah dia," kata seorang pengguna.

"Saya pernah kena tahan dengan kereta S70 ini, sumpah masa itu saya tak sengaja hon. Dia kejar saya lepas itu dia tindih saya ke tepi," kongsi seorang pengguna.

"Apa masalah dia?" soal pengguna lain.

+ - reset