TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Genting Highlands 'lock down', tular kedai emas dirompak

By
|
Kongsi
image

BENTONG 17 OGOS - Suasana di Genting Highlands hari ini kecoh berikutan dakwaan berlaku satu kejadian rompakan membabitkan sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat beli-belah di kawasan berkenaan.

Dakwaan berkenaan mula tular di media sosial, selepas beberapa pengunjung berkongsi maklumat dan rakaman video yang menunjukkan keadaan semasa di lokasi kejadian.

Kejadian itu turut mencetuskan kawalan ketat apabila kawasan peranginan berkenaan didakwa dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) sementara bagi mengesan suspek.

Tular di media sosial, satu video berdurasi pendek memaparkan dua individu berpakaian serba hitam melarikan sebuah beg guni besar di dalam pusat beli-belah terbabit.

"Kedai emas Genting kena rompak. Genting lockdown buat sementara waktu," katanya menerusi hantaran berkenaan.

Pengunjung yang berada di lokasi turut memaklumkan pergerakan keluar dari kawasan peranginan berkenaan disekat seketika bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.

Ekoran insiden berkenaan, laluan keluar dan arah turun dari Genting Highlands mengalami kesesakan teruk.

Beberapa pengguna jalan raya mendakwa terperangkap di dalam kenderaan masing-masing selama hampir dua jam akibat sekatan jalan raya oleh pihak polis.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

+ - reset