TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Penat balik dari kerja, tayar kereta kena curi di kawasan parkir LRT3 Bukit Tinggi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 OGOS - Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan penat selepas tayar kereta miliknya dipercayai dicuri selepas meletakkan kenderaannya di kawasan parkir berbayar LRT3 Bukit Tinggi, Klang semalam.

Wanita yang dikenali sebagai Nani Jismani itu meluahkan perkara itu berserta gambar kenderaannya jenis Perodua Ativa yang dipercayai kehilangan dua tayar.

"Baru balik daripada kerja, dapat tahu tayar kereta kena curi macam ini. Untuk makluman saya 'parking' dekat LRT3 Bukit Tinggi.

"Saya bayar untuk 'parking' dekat sini pagi ini. Memang tak ada orang jaga ke? Korang yang nak 'park' sini, jaga-jaga lah ya," katanya di media sosial.

Manakala dalam ruangan komen, orang ramai menasihati pemilik kenderaan untuk membuat aduan kepada Prasarana.

"Buat aduan dekat LRT3, kenapa parkir berbayar pun boleh kena kebas. Minta 'CCTV'," kata seorang pengguna.

"Inilah tahap keselamatan Malaysia, cabut 4 biji tayar makan masa dan tak ada polis pun nampak masa ronda," luah pengguna lain.

"Adik kawan saya pun kena, dia 'parking' kawasan 'shoplots'. Dekat situ ramai orang tapi orang sekeliling bukan tak peduli mereka ingat tuan kereta nak tukar tayar," kongis seorang lagi pengguna.

Sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

+ - reset