Berita Viral
Budak Rohingya jerkah pemandu lepas tak bagi derma atas jalan raya
KUALA LUMPUR 18 OGOS - Tindakan beberapa kanak-kanak etnik Rohingya yang meminta sedekah secara agresif di jalan raya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna jalan raya dan warganet selepas rakaman video kejadian itu tular di media sosial.
Berdasarkan klip video berkenaan, kanak-kanak tersebut dilihat mengetuk tingkap kenderaan dan menghampiri pemandu yang sedang berhenti di lebuh raya atau persimpangan jalan bagi meminta wang.
Apabila permintaan mereka tidak diendahkan atau ditegur oleh pemandu, kanak-kanak berkenaan bertindak mengamuk serta menjerkah pengguna jalan raya sebelum beredar ke kenderaan lain.
Kejadian sedemikian menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak bukan sahaja atas faktor keselamatan jalan raya, malah risiko berlakunya kemalangan akibat tindakan mereka yang lalu-lalang di celah-celah kenderaan yang sedang bergerak.
Selain itu, kelakuan agresif yang ditunjukkan turut mengundang rasa tidak selesa serta ancaman ketenteraman awam kepada para pemandu.
Isu pengemis jalan raya yang melibatkan kanak-kanak warga asing ini mendapat perhatian meluas netizen.
Orang ramai mendesak pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mengambil tindakan tegas serta memantau aktiviti berkenaan bagi megelakkan kejadian sama terus berulang.
Berita berkaitan
August 19, 2026, 7:19 pm
'Setiap kali pukul cuci tangan', wanita rakam jiran ketuk anak kucing di Perak
August 19, 2026, 5:08 pm
Klinik kesihatan kerajaan 'dikuasai' warga asing mula cetus kemarahan ramai
August 19, 2026, 12:28 pm
Pelancong Israel kena 'sound' balik dengan wanita Malaysia lepas tinggi suara di Vietnam
August 18, 2026, 5:38 pm
Pemandu dari Singapura tunjuk samseng pukul polis di Johor
August 18, 2026, 3:19 pm
Warga Rohingya bau arak dipercayai langgar pemandu e-Hailing sampai cedera
August 18, 2026, 10:55 am
Penat balik dari kerja, tayar kereta kena curi di kawasan parkir LRT3 Bukit Tinggi
August 17, 2026, 6:40 pm
Warga asing 'post' video kena tahan dalam trak polis di Ampang
August 17, 2026, 5:06 pm
Genting Highlands 'lock down', tular kedai emas dirompak
August 17, 2026, 2:57 pm
