Berita Sukan
Roberto Carlos nafi peluk Islam, tegaskan gosip tidak benar
RIYADH, 20 Ogos – Legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos tampil menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa beliau telah memeluk agama Islam baru-baru ini.
Bekas bintang Real Madrid itu menegaskan, biarpun beliau mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap agama Islam, spekulasi berhubung pertukaran agamanya adalah tidak benar.
Khabar angin berkenaan mula tular susulan perkahwinannya dengan seorang ejen bola sepak wanita kelahiran Maghribi, Souhaila El Tahiri.
Bercakap secara eksklusif kepada akhbar Arab Saudi, Okaz, Carlos, 53, memutuskan untuk memberi pencerahan selepas isu berkenaan hangat diperkatakan di media sosial serta media tempatan Turkiye.
"Saya sangat menghormati agama Islam. Malah, saya rasa sangat tenang dan indah setiap kali melihat isteri saya menunaikan solat. Namun, gosip yang mendakwa saya sudah masuk Islam adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Kenyataan terbuka ikon bola sepak itu sekali gus menepis laporan portal asing yang mendakwa beliau kononnya telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan tokoh Islam terkemuka di Brazil, Sheikh Jihad Hamada.
Isu tersebut sebelum ini menjadi tular selepas seorang Ahli Parlimen Turkiye daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party), Ali Sahin, membuat hantaran mendakwa beliau mendapat maklumat mengenai pengislaman Carlos ketika bertemu wakil komuniti Islam di Brazil.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
