Berita Sukan
Lelaki terima nasihat ramai lepas bantu Zaquan Adha 'jumper' Proton Satria di stesen minyak
KUALA LUMPUR 20 OGOS - Seorang lelaki raih pujian orang ramai lepas membantu bekas pemain kebangsaan Zaquan Adha yang tersadai di sebuah stesen minyak hari ini.
Menurut Shahzril Ahmad, perkara tersebut antara paling mengejutkan dalam hidupnya hari ini apabila Zaquan meminta bantuannya.
"Benda paling 'random' pagi ini bila Zaquan Adha minta tolong 'jump' kereta dia. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita tolong," katanya.
Tindakan lelaki itu mendapat pujian sambil menasihati agar tidak melakukan 'jumper' bateri disebelah pam minyak kerana boleh mendatangkan bahaya.
"Untung dapat jumpa, tapi 'jump' kereta betul-betul dekat tepi 'pump' macam itu sangat bahaya, 'spark' bateri itu boleh mencetuskan kebakaran," kata seorang pengguna.
"Alamak 'jump' dekat sebelah pam minyak itu lebih menyeramkan daripada kereta tersadai tepi jalan," jelas pengguna lain.
"Untung kau abang dapat jumpa dia," ujar seorang lagi pengguna.
Untuk info, Zaquan merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan yang telah beraksi bersama beberapa pasukan dalam kancah Liga Malaysia.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
