Berita Sukan
'Riak yang dibenarkan', atlet Sabah 'flex' depan pegawai polis di KLIA
KUALA LUMPUR 21 OGOS - Aksi berseloroh dan mencuit hati membabitkan seorang atlet silat negara dari Sabah, Lelone Romzie, bersama seorang anggota polis bantuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi rakaman video berkenaan, Lelone yang baru sahaja menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dilihat sengaja mempamerkan pingat emas yang dimenanginya ketika melalui pemeriksaan keselamatan.
Tindakan santai atlet muda itu disambut baik dan diraikan secara 'sporting' oleh anggota polis bantuan yang bertugas, sekali gus mewujudkan suasana ceria di kawasan pemeriksaan berkenaan.
Tindakan itu bukan sahaja menghiburkan mereka di lokasi kejadian, malah mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet menyifatkan sesuatu yang wajar dan menceriakan.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi serta nada ucapan tahniah dititipkan oleh pengguna media sosial.
Ada yang berseloroh mengingatkan atlet berkenaan supaya berhati-hati agar tidak ditahan kerana harga tiket penerbangan pulang ke Sabah bukannya murah, di samping tetap mengucapkan tahniah atas kejayaannya.
Dalam pada itu, ramai warganet menyifatkan aksi tunjuk pingat tersebut sebagai satu bentuk 'riak yang dibenarkan' atau lulus kerana ia berasaskan pencapaian membanggakan buat Sabah.
Ramai juga memuji sikap profesional serta mesra yang ditunjukkan oleh pegawai polis bantuan bertugas yang turut sama melayan gelagat ceria atlet tersebut.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
