Berita Sukan
Venue terlalu padat, sukarelawan dipercayai patah tangan dirempuh 'fans' final futsal SUKMA
SHAH ALAM 21 OGOS - Kesesakan melampau di perlawanan akhir futsal Sukan Malaysia (SUKMA) bertukar kecoh apabila tindakan sebilangan penonton merempuh pintu masuk menyebabkan seorang petugas sukarelawan dipercayai mengalami kecederaan patah tangan semalam.
Perlawanan sengit yang menyaksikan Selangor mengesahkan pingat emas dengan kemenangan 4-1 itu pada mulanya berlangsung dalam suasana meriah.
Bagaimanapun, kehangatan saingan di venue perlawanan bertukar cemas selepas penganjur dan kumpulan sukarelawan terpaksa menutup pintu masuk berikutan kapasiti dewan yang sudah mencapai tahap maksimum.
Langkah menyekat kemasukan penonton tambahan diambil atas faktor keselamatan bagi mengelakkan kesesakan yang boleh mengundang bahaya seperti terjatuh dari aras tinggi.
Namun, tindakan tegas petugas kawalan tidak disenangi sebilangan penonton yang enggan berundur hingga mencetuskan tindakan agresif.
Keadaan di luar kawalan berlaku apabila penonton bertindak merempuh barisan petugas keselamatan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan sukarelawan.
Akibat rempuhan kuat tersebut, seorang petugas sukarelawan wanita dipercayai mengalami patah tulang tangan selepas jatuh ditolak dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Saksi di lokasi mengesahkan ada penonton berusia yang turut melepaskan kemarahan dan mengugut sukarelawan bertugas.
Pertengkaran dan tindakan menolak itu bukan sahaja mencederakan petugas, malah menyebabkan beberapa penonton lain terjatuh yang berebut-rebut mahu membolosi pintu masuk.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
