TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Empat lelaki bersenjata parang, 'pump gun' samun kedai emas di Kuantan

By
|
Kongsi
image

 

KUANTAN 22 Ogos – Sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana di sini disamun empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai pump gun, kira-kira jam 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kumpulan penjenayah terbabit melarikan pelbagai barang kemas bernilai kira-kira RM500,000.

"Ketika kejadian semua empat lelaki terbabit memakai pelindung muka. Mereka turut membawa sebilah parang dan objek disyaki pump gun," katanya dalam satu kenyataan.

Sejurus kejadian, video kejadian samun itu tular di media sosial, termasuk rakaman orang awam yang memaparkan kelibat empat penjenayah berkenaan.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki dilihat memegang parang di hadapan kedai emas sebelum kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Berdasarkan video tular, kesemua suspek dilihat memakai jaket berwarna gelap dan topi keledar.

Mengulas lanjut, Ashari berkata, selepas melakukan samun, empat lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki dua motosikal.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan manakala usaha mengesan kesemua suspek sedang giat dilakukan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dengan senjata," katanya.

+ - reset