Berita Berita
RM2 juta diluluskan bagi pembaikan segera SMK Juasseh susulan bumbung runtuh
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh, Negeri Sembilan, susulan kejadian bumbung sekolah berkenaan yang runtuh pada 18 Ogos lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, aspek keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan tidak boleh dikompromi.
"Semoga seluruh warga SMK Juasseh terus berada dalam keadaan sejahtera dan sekolah ini dapat kembali beroperasi seperti biasa dengan persekitaran yang lebih selamat," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Fadhlina turut merakamkan penghargaan kepada JKR, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan segera.
Bumbung makmal sekolah berkenaan dilaporkan runtuh kira-kira jam 12 tengah hari pada Selasa lalu, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Berita berkaitan
August 22, 2026, 8:32 pm
Polis selesai rakam 92 saksi, kes kematian pelajar 14 tahun di Setapak masih disiasat
August 22, 2026, 5:20 pm
PH-BN mungkin bergabung di Melaka? Amirudin bincang dengan Anwar esok
August 22, 2026, 5:06 pm
'Jawatan ini bukan milik saya, bila-bila masa sahaja mereka boleh pecat saya' - Asyraf Wajdi
August 22, 2026, 2:17 pm
‘Kalau tak hentam MIC, dia bukan DAP’ – Saravanan
August 22, 2026, 8:43 am
Empat lelaki bersenjata parang, 'pump gun' samun kedai emas di Kuantan
August 21, 2026, 5:41 pm
Kerjasama politik perlu utamakan faktor manfaat lebih daripada mudarat - Ahmad Zahid
August 21, 2026, 5:32 pm
Keluarga Rohingya buat laporan polis selepas dihalau dari rumah sewa
August 21, 2026, 5:16 pm
PGIRM gesa kerajaan dengar suara pencarum KWSP dalam Belanjawan 2027
August 21, 2026, 3:13 pm
