Berita Berita
'Jawatan ini bukan milik saya, bila-bila masa sahaja mereka boleh pecat saya' - Asyraf Wajdi
GERIK 22 Ogos - Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak kisah sekiranya khidmatnya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak lagi diperlukan susulan desakan supaya beliau direhatkan daripada jawatan berkenaan.
Asyraf Wajdi berkata, jawatan itu bukan miliknya, sebaliknya amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
“Jawatan ini bukan jawatan yang saya pilih atau pun saya mahu. Ia bukan milik saya. Pada bila-bila masa sahaja mereka boleh pecat saya. Selagi saya menjadi Pengerusi Mara, saya akan laksanakan tanggungjawab dan amanah yang terbaik.
“Tetapi kalau khidmat saya tidak diperlukan pun tidak ada masalah bagi saya kerana ini bukan milik saya,” katanya ketika ditemui pada Program MARA Prihatin Jejak Aspirasi UPTM @ Pos Kemar, di sini hari ini.
Pada minggu lalu, seorang perwakilan dalam Kongres Nasional Keadilan 2026 menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk menggantikan Asyraf Wajdi.
Cadangan itu dibuat susulan kaitan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang tempoh Lembaga Tabung Haji disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Mengulas perkara itu, Asyraf Wajdi sekali lagi menjelaskan bahawa sebagai Timbalan Menteri, beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran, pengurusan atau penetapan perjanjian mana-mana pihak dengan Tabung Haji.
“Harus diingat saya tidak terlibat langsung dan RCI pun tidak ada langsung nama saya kerana dalam Perlembagaan dan dalam Akta Tabung Haji, Timbalan Menteri tidak mempunyai sebarang kuasa,” katanya.
Dalam pada itu, mengenai program berkenaan, beliau berharap lebih 5,000 penduduk terdiri daripada masyarakat Orang Asli di Pos Kemar akan mendapat manfaat hasil usaha MARA khususnya dalam aspek pendidikan dan sosioekonomi.
Berita berkaitan
August 22, 2026, 8:32 pm
Polis selesai rakam 92 saksi, kes kematian pelajar 14 tahun di Setapak masih disiasat
August 22, 2026, 5:47 pm
RM2 juta diluluskan bagi pembaikan segera SMK Juasseh susulan bumbung runtuh
August 22, 2026, 5:20 pm
PH-BN mungkin bergabung di Melaka? Amirudin bincang dengan Anwar esok
August 22, 2026, 2:17 pm
‘Kalau tak hentam MIC, dia bukan DAP’ – Saravanan
August 22, 2026, 8:43 am
Empat lelaki bersenjata parang, 'pump gun' samun kedai emas di Kuantan
August 21, 2026, 5:41 pm
Kerjasama politik perlu utamakan faktor manfaat lebih daripada mudarat - Ahmad Zahid
August 21, 2026, 5:32 pm
Keluarga Rohingya buat laporan polis selepas dihalau dari rumah sewa
August 21, 2026, 5:16 pm
PGIRM gesa kerajaan dengar suara pencarum KWSP dalam Belanjawan 2027
August 21, 2026, 3:13 pm
