TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Keluarga Rohingya buat laporan polis selepas dihalau dari rumah sewa

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU, 21 Ogos – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung tindakan sekumpulan penduduk tempatan yang mengarahkan sebuah keluarga etnik Rohingya berpindah keluar dari rumah sewa mereka di Kampung Kubang Parit, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan dibuat oleh seorang lelaki warga Rohingya berusia 29 tahun yang mendakwa kediamannya didatangi kira-kira sembilan individu pada jam 9.15 malam, Ahad lalu.

"Kumpulan terbabit didakwa memberi amaran kepada pengadu bersama isteri dan anaknya supaya keluar segera dari kampung berkenaan serta diancam akan dihalau sekiranya enggan berpindah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azli, pengadu yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan bekerja sebagai buruh binaan telah menyewa rumah tersebut sejak enam tahun lalu daripada seorang pemilik tempatan.

Beliau menjelaskan, insiden berkenaan dipercayai tindak balas penduduk susulan isu semasa serta pemasangan kain rentang bantahan terhadap etnik terbabit di kawasan sekitar sebelum ini.

Pengadu bersama pemilik rumah sewa telah hadir ke balai polis untuk memohon kawalan keselamatan, manakala tiada kertas siasatan dibuka setakat ini.

+ - reset