Berita Berita
PGIRM gesa kerajaan dengar suara pencarum KWSP dalam Belanjawan 2027
KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menggesa kerajaan agar melihat hak pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara lebih adil dan menyeluruh dalam penyediaan Belanjawan 2027, tanpa menghukum majoriti pencarum susulan tindakan segelintir individu.
Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, pihaknya mengambil perhatian terhadap perbincangan tular di media sosial mengenai seorang pencarum yang didakwa menghabiskan simpanan persaraan kira-kira RM700,000 dalam tempoh 21 hari, sehingga mencetuskan kebimbangan kononnya pencarum akhirnya akan bergantung kepada bantuan kerajaan.
Menurut beliau, sekiranya simpanan berkenaan dikeluarkan mengikut peraturan dan saluran sah, pencarum berhak menentukan penggunaannya sama ada bagi tujuan kebajikan keluarga, kesihatan, perniagaan mahupun keperluan persaraan lain selepas puluhan tahun bekerja.
"Jangan kerana tindakan segelintir pihak, jutaan pencarum lain dianggap tidak mampu menguruskan kewangan sendiri. Jika seseorang membuat keputusan kewangan yang silap, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk menyekat atau mengehadkan hak pencarum lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, PGIRM menyambut baik ruang rundingan awam oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi penyediaan Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan pada 9 Oktober depan sebagai platform membawa semula suara pencarum ke meja pembuat dasar.
Azmi memaklumkan, pihaknya sedang menyiapkan beberapa dokumen dasar berkaitan untuk dikemukakan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO), MOF, KWSP, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta Ahli Parlimen bagi memastikan isu kecukupan simpanan dan realiti kos sara hidup rakyat dapat ditangani secara seimbang.
Berita berkaitan
November 8, 2026, 2:46 pm
Pelakon Cico Harahap, anak artis legenda Uji Rashid meninggal dunia pada usia 48 tahun
November 8, 2026, 1:00 pm
Pengakuan keluar Islam tular, JAKIM sahkan individu disyaki berada di luar negara
November 8, 2026, 12:55 pm
KKM siasat dakwaan keracunan makanan babitkan produk roti tular
November 8, 2026, 12:30 pm
Majlis Media Malaysia gesa Media Mulia perjelas status pekerja Utusan Malaysia dan Kosmo!
November 8, 2026, 12:26 pm
Adam Adli gesa pengundi muda Melaka tolak politik kebencian, pilih pemimpin berintegriti
November 8, 2026, 12:21 pm
Anwar pujuk budak menangis kereta mainan patah, siap hulur RM50 beli baharu
November 7, 2026, 5:30 pm
Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong, mohon ampun isu tahanan rumah Najib
November 7, 2026, 4:24 pm
'Macam dah nak pecah Kerajaan Perpaduan, kalau saya jadi PM, saya dah buang pemimpin BN' - Muhyiddin
November 7, 2026, 1:42 pm
Pertikai pengampunan bersyarat Najib menjurus ingkar perintah Agong – Istana Negara
November 7, 2026, 11:13 am
