TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

​​​​​​​Kerjasama politik perlu utamakan faktor manfaat lebih daripada mudarat - Ahmad Zahid

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa sebarang perundingan kerjasama politik perlu mengambil kira faktor manfaat yang melebihi aspek mudarat, selain menuntut kejujuran dan kepatuhan terhadap janji yang dimeterai.

Beliau berkata, BN tidak menggunakan satu formula seragam bagi setiap negeri memandangkan faktor geopolitik Melaka memerlukan pendekatan berbeza sebagaimana kaedah berlainan yang diguna pakai di Johor dan Negeri Sembilan.

"Saya telah memberikan mandat sepenuhnya kepada Pengerusi BN Melaka merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengadakan rundingan di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum keputusannya dibawa ke peringkat nasional untuk dimuktamadkan," katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Amal PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, hubungan dan sinergi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat kekal kukuh menerusi pendekatan whole-of-government demi memelihara kestabilan politik negara.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi tempatan supaya sentiasa mematuhi undang-undang di negara jiran seperti Thailand, sambil menyatakan sebarang isu penguatkuasaan boleh diselesaikan secara diplomasi melalui platform rundingan tahunan pemimpin ASEAN.

+ - reset