Berita Politik
Rundingan kerjasama PN-BN hadapi PRN Melaka sudah bermula, tunjuk tanda positif - Abdul Hadi
MELAKA, 24 Ogos – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah dimulakan sejak tiga hari lalu.
Beliau berkata, perbincangan awal berkenaan melibatkan wakil pimpinan pusat yang dilantik daripada kedua-dua pihak dan setakat ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif.
"Persiapan di peringkat parti sudah bermula dan sedang berjalan, serta perbincangan ini akan disambung ke peringkat seterusnya. Walaupun tarikh pilihan raya belum diketahui, rundingan awal mengenai bentuk kerjasama sudah digerakkan.
"Kita mengambil semangat daripada persefahaman yang berjaya dicapai di Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini," katanya.
Mengulas mengenai potensi pemeteraian kerjasama rasmi, Abdul Hadi menjelaskan bahawa perkara tersebut masih di peringkat awal untuk dimuktamadkan sepenuhnya.
Kenyataan itu menyusuli makluman Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini yang menyatakan perbincangan kedua-dua gabungan berkenaan semakin hampir mencapai titik persefahaman, meskipun perincian mengenai agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum diputuskan.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
