Berita Viral
'Pergilah balik rumah kita', lelaki berang anggota polis 'menggatal' dengan adik ketika 'roadblock'
KUALA LUMPUR 24 OGOS - Tular di media sosial satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan seorang wanita yang dipercayai ditahan pihak polis semasa melalui sekatan jalan raya (roadblock) mengundang kemarahan ramai semalam.
Insiden itu pada mulanya ditularkan oleh abang wanita tersebut di media sosial menggunakan akaun @m.fk__ yang berkongsi adiknya menjadi mangsa kegatalan pihak polis bertugas.
"Ni (ini) sebab aku tak 'respect' (hormat) dekat polis macam ini, yang kau (polis) cakap macam itu dekat adik perempuan aku," katanya.
Menerusi rakaman 'dashcam' pihak polis tersebut pada awalnya bertanyakan "dah kahwin ke belum?" sebelum adik kepada lelaki itu menjawab "belum."
Dalam video sama, semasa wanita itu ingin membuat pusingan U, polis itu secara berseloroh berkata, "Pergilah balik rumah kita."
Disebabkan itu, abang kepada wanita tersebut meminta agar PDRM mengambil tindakan segara kepada anggota yang bertugas.
"Ingat semua perempuan murah macam kau? PDRM sila ambil tindakan," tegasnya.
Manakala di dalam ruangan komen mendakwa polis itu boleh dikenakan tindakan dan berharap pihak keluarga itu melakukan laporan polis.
"Ini contoh jelas gangguan seksual, kerajaan ada prosedur yang jelas untuk gangguan seksual, saya sarankan untuk buat aduan," kata seorang pengguna.
"Bila kau kerja tak tahu apa itu profesionalisme, memang 'level, anggota sahajalah," ujar pengguna lain.
"Trauma dengan 'roadblock', saya cakap dah kahwin pun kena kacau lagi. Siap 'trace' nombor 'plate' dan chat 'WhatsApp'," kongsi pengguna lain.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 4:00 pm
Motosikal bapa, anak 'terbalik' lepas pintu kereta dibuka warga asing di Ampang
August 24, 2026, 12:25 pm
Warga Indonesia 'try hard' cakap KL kantoi dengan kawan sendiri
August 24, 2026, 11:22 am
Pelajar sekolah lagak 'samseng', buka baju tak hirau arahan cikgu dalam kelas
August 21, 2026, 8:26 pm
'Nak menjawab fitnah pada fitnah', lelaki dakwa Rohingya datang minta bantuan JKM Kulai
August 21, 2026, 6:18 pm
Lori 3 tan terbakar, trafik Semenyih-Kajang alami kesesakan teruk
August 21, 2026, 5:44 pm
Selepas Klang, kini kedai emas di Kuantan pula jadi mangsa rompakan bersenjata
August 21, 2026, 4:59 pm
Video tular pembakaran hutan Indonesia cetus kemarahan penduduk Sarawak lepas alami jerebu teruk
August 21, 2026, 12:10 pm
'Dekat Palestin pun boleh masuk', wartawan dihalang buat liputan di Pasar Borong Selayang
August 20, 2026, 8:48 pm
