TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga Indonesia 'try hard' cakap KL kantoi dengan kawan sendiri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 24 OGOS - Tular satu rakaman video di media sosial memaparkan insiden lucu melibatkan seorang jurugambar jalanan yang menyapa wanita di sebuah kafe bagi menawarkan khidmat mengambil gambar dipercayai di Melaka.

Pada awalnya, jurugambar berkenaan bertanyakan soalan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan dialek tempatan bagi mengetahui latar belakang wanita yang disangka pelancong asing itu. 

Wanita bertopi itu memberi respons santai dan cuba berkomunikasi menggunakan logat Bahasa Melayu tempatan, sambil memberitahu dia sedang bercuti selama dua hari dan bakal pulang ke Melaka.

Suasana bertukar lucu apabila wanita tersebut ditanya mengapa pertuturannya kedengaran seolah-olah berasal dari Indonesia. 

Soalan itu akhirnya membongkarkan rahsia sebenar wanita berkenaan yang tidak dapat menahan tawa lalu mengakui bahawa dia memang warga Indonesia yang kini bekerja di Melaka.

Aksi lucu wanita yang 'try hard' cuba bercakap seperti warga tempatan Kuala Lumpur namun gagal menyembunyikan logat asalnya itu mendapat pelbagai reaksi hiburan daripada warga netizen di platform media sosial.

+ - reset