Berita Viral
Motosikal bapa, anak 'terbalik' lepas pintu kereta dibuka warga asing di Ampang
AMPANG 24 OGOS – Sebuah insiden kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan kereta dilaporkan berlaku di kawasan pasar berhampiran stesen BHP Taman Muda, semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 7.24 hingga 7.26 pagi itu sempat dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi kejadian.
Menurut rakaman video berkenaan, sebuah motosikal yang dinaiki seorang lelaki bersama anaknya sedang bergerak di laluan berkenaan sebelum sebuah kereta yang berada di hadapan bertindak membuka pintu secara tiba-tiba.
Tindakan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian pintu kereta tersebut.
Namun lebih mengejutkan, pintu yang dibuka itu ialah individu warga asing selepas tidak peka dengan keadaan sekeliling
Pelanggaran itu menyebabkan motosikal berkenaan hilang kawalan dan terjatuh ke bahu jalan bersama penumpang.
Orang ramai dan pemandu kenderaan yang berada di kawasan berhampiran segera tampil memberikan bantuan kepada mangsa untuk mendirikan semula motosikal serta memastikan keadaan mereka selamat.
Kedua-dua mangsa kelihatan berada dalam keadaan sedar selepas kejadian.
Manakala bapa kepada budak perempuan itu nyaris memukul individu warga asing tersebut kerana menahan amarah.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan agar keluarga itu segera pulih dan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 12:25 pm
Warga Indonesia 'try hard' cakap KL kantoi dengan kawan sendiri
August 24, 2026, 11:22 am
Pelajar sekolah lagak 'samseng', buka baju tak hirau arahan cikgu dalam kelas
August 24, 2026, 9:34 am
'Pergilah balik rumah kita', lelaki berang anggota polis 'menggatal' dengan adik ketika 'roadblock'
August 21, 2026, 8:26 pm
'Nak menjawab fitnah pada fitnah', lelaki dakwa Rohingya datang minta bantuan JKM Kulai
August 21, 2026, 6:18 pm
Lori 3 tan terbakar, trafik Semenyih-Kajang alami kesesakan teruk
August 21, 2026, 5:44 pm
Selepas Klang, kini kedai emas di Kuantan pula jadi mangsa rompakan bersenjata
August 21, 2026, 4:59 pm
Video tular pembakaran hutan Indonesia cetus kemarahan penduduk Sarawak lepas alami jerebu teruk
August 21, 2026, 12:10 pm
'Dekat Palestin pun boleh masuk', wartawan dihalang buat liputan di Pasar Borong Selayang
August 20, 2026, 8:48 pm
