Berita Politik
BERSAMA pilih bergerak solo, enggan bergabung dengan elit politik pada PRN Melaka
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) menegaskan pendirian untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang dan enggan bergabung dengan gabungan elit politik sedia ada demi mempertahankan prinsip perjuangan parti.
Pengasas bersamanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, walaupun menyedari laluan bertanding secara sendirian bukan satu tugas mudah, langkah itu penting bagi membina kekuatan yang berdaya tahan bersama rakyat biasa.
"Dari awal BERSAMA tegaskan hasrat untuk bergerak solo. Walaupun tidak mudah, ini membolehkan BERSAMA tidak berkompromi pada prinsip dan membina kekuatan yang lebih berdaya tahan bersama rakyat biasa, bukan elit politik sedia ada," katanya.
Sebelum ini, BERSAMA mengesahkan bakal bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka.
Antara calon yang diumumkan termasuk Dr Muhammad Solehin Saleh di DUN Bemban, Datuk Ruzayhiman Jenal (Kuala Linggi), Muhamed Arman Akil Abdul Talib (Rembia), B Lavern (Gadek), B Prasanth Kumar (Machap Jaya) dan Mohd Ridzuan Abdul Rahman (Sungai Udang).
Turut bertanding ialah Abdul Rashid Abu Bakar di DUN Paya Rumput, Young Jie Yu (Klebang), Goh Han Koon (Pengkalan Batu), Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Ayer Keroh), Dr Aliza Che Amran (Bukit Katil), Dr Bryan Kek Kit Hun (Kesidang), Ethan Lim Zhi Hao (Kota Laksamana), Muhammad Hazwan Mustafa (Telok Mas) dan Muhamad Shaffie Md Yasan (Serkam).
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
