Berita Sukan
Lim You dinobatkan penjaring terbanyak Piala Srikandi Merdeka 2026 dengan 8 gol
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pemain skuad Malayan Tigress Bawah 17 tahun (B-17), Lim You dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan Piala Srikandi Merdeka 2026 selepas meledak keseluruhan lapan gol sepanjang pertandingan.
Pemain berdarah warisan berusia 14 tahun itu meninggalkan pencabar terdekat dari Thailand, Kawinthida Kikuntod yang mencatatkan lima gol.
Sebelum ini, Lim You mencuri tumpuan arena bola sepak antarabangsa apabila menjaringkan tujuh gol menggunakan kaki kiri ketika membantu skuad negara menewaskan Arab Saudi 9-0 dalam aksi peringkat kumpulan.
"Saya sangat bersyukur kerana menjadi penjaring gol terbanyak, namun ini semua tidak mungkin dicapai tanpa bantuan serta sokongan rakan sepasukan dan barisan jurulatih yang memberi kepercayaan kepada saya," katanya.
Meskipun tewas 1-5 kepada Thailand di peringkat separuh akhir, skuad kendalian Fairuz Montana Zainal Abidin bangkit meraih tempat ketiga selepas menewaskan Jordan 4-0 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia, semalam
Dalam perlawanan tersebut, Lim You meledak gol kedua negara, manakala kapten pasukan, Keisha Adeliena Muhammad Khalid mencetak satu gol dan tiga bantuan gol. Isabella Saffiya O'Luanaigh melengkapkan kemenangan menerusi jaringan keempat pada minit akhir perlawanan.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
