Berita Viral
'Anak customer kena lempar kuih', peniaga mohon pihak berkuasa bantu atasi masalah gelandangan di Kota Tinggi
KUALA LUMPUR 24 OGOS - Tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki dipercayai gelandangan membaling kuih dimuka kanak-kanak pelanggan.
Rakaman yang dikongsikan oleh Danishhha, memperlihatkan seorang lelaki berbaju biru cair lengkap memakai kain pelikat sedang meminta kuih dijual daripada pelanggan yang hadir untuk membeli.
Tindakan lelaki itu dilakukan sambil menghisap rokok sebelum dipercayai melempar kuih tersebut ke arah seorang anak pelanggan yang turut berada di kawasan terbabit.
Tidak tahan dengan tingkah laku gelandangan itu, Danishhha memohon pihak berkuasa segara mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah tersebut.
"Tolong korang! Masih tak ada apa-apa 'update' pun korang! Harini anak 'customer' saya kena lempar kuih dekat muka! Dahlah main ambil sahaja kuih orang lepasitu kau campak pula dekat muka anak orang," katanya.
Sebelum ini, Danishhha telah menyuarkan masalah tersebut di media sosial apabila lambakan gelandangan yang dipercayai warga asing memenuhi di kawasan perniagaannya sambil mengganggu pelanggan yang datang.
"Macam mana nak buat dengan gelandangan ini korang? Ada yang sampai kejar nak pukul, ugut nak bakar motor, yang duduk minta duit, minta makan, bukan seorang dua bagi. Selepas itu dah dapat duit pergi minum arak," jelasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai memohon agar pihak berkuasa segera membuat sebarang tindakan tegas agar perkara tidak diingini terus berlaku.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 4:00 pm
Motosikal bapa, anak 'terbalik' lepas pintu kereta dibuka warga asing di Ampang
August 24, 2026, 12:25 pm
Warga Indonesia 'try hard' cakap KL kantoi dengan kawan sendiri
August 24, 2026, 11:22 am
Pelajar sekolah lagak 'samseng', buka baju tak hirau arahan cikgu dalam kelas
August 24, 2026, 9:34 am
'Pergilah balik rumah kita', lelaki berang anggota polis 'menggatal' dengan adik ketika 'roadblock'
August 21, 2026, 8:26 pm
'Nak menjawab fitnah pada fitnah', lelaki dakwa Rohingya datang minta bantuan JKM Kulai
August 21, 2026, 6:18 pm
Lori 3 tan terbakar, trafik Semenyih-Kajang alami kesesakan teruk
August 21, 2026, 5:44 pm
Selepas Klang, kini kedai emas di Kuantan pula jadi mangsa rompakan bersenjata
August 21, 2026, 4:59 pm
Video tular pembakaran hutan Indonesia cetus kemarahan penduduk Sarawak lepas alami jerebu teruk
August 21, 2026, 12:10 pm
