TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pengunjung terpaksa lalu trek ‘roller coaster’ lepas tersangkut?

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 OGOS - Tular di media sosial video seorang wanita yang berkongsi insiden kejadian melibatkan sebuah ‘roller coaster’ dipercayai mengalami masalah teknikal di taman tema Genting Highland.

Menerusi rakaman video oleh @nrlkbs, terlihat beberapa pengunjung terpaksa berjalan di trek ‘roller coaster’ selepas permainan itu dipercayai berhenti dengan sendirinya.

“Belum ‘settle’ isu Sunway Lagoon, ini Genting pun sampai kena turun dari ‘roller coaster’ apa cerita?” soalnya dia media sosial.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang berharap tiada sebarang kecederaan yang berlaku kepada individu-individu terbabit meskipun pemainan itu dipercayai mesra keluarga.

Sebelum ini, seramai 22 pengguna roller coaster termasuk tiga pelancong asing berusia antara 11 hingga 44 tahun terlibat dalam kemalangan di sebuah taman tema di Subang Jaya.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.

+ - reset